Apakah itu Rangkaian World Chain?
World Chain ialah blockchain baharu yang direka untuk manusia, dibina untuk menskalakan protokol World dan komuniti Ethereum yang lebih luas kepada 1 bilion orang dan seterusnya.
Berpindah ke World Chain akan memberikan manfaat-manfaat ini:
- Pemindahan percuma dalam World App untuk pengguna yang telah disahkan
- Transaksi akan diselesaikan dua kali lebih pantas berbanding rangkaian Optimism, memastikan pemprosesan yang lebih laju dan cekap
World Chain direka terutamanya untuk meningkatkan kapasiti dengan ketara supaya orang baru boleh terus menyertai secara besar-besaran, dan pengguna sedia ada boleh menikmati transaksi yang lebih pantas, murah, dan boleh dipercayai.
Macam mana nak pindahkan aset World App ke World Chain?
Mulai Oktober 2024, transaksi World App akan berlaku di Rangkaian World Chain.
Semua pengguna World App perlu memindahkan aset aplikasi (token) sedia ada dari Rangkaian Optimism ke Rangkaian World Chain. World App akan memaklumkan kamu untuk mula proses pemindahan apabila ia sudah sedia.
Untuk berpindah ke World Chain:
- Tekan pada Mula migrasi
- Proses migrasi akan bermula dan sepatutnya siap dalam beberapa minit. Bila dah selesai, kau akan nampak skrin pengesahan, yang membolehkan kau terus guna app macam biasa.
Apa yang akan berlaku kepada transaksi yang dihantar kepada aku melalui Rangkaian Optimism?
Jika kau dah pun berpindah ke World Chain dan seseorang hantar transaksi kepada kau melalui Rangkaian Optimism, World App akan tunjukkan skrin berikut supaya kau boleh pindahkan aset tersebut ke dompet kau:
Cuma tekan butang Faham untuk mulakan migrasi. Aset kau akan muncul dalam dompet sekejap lagi.
Untuk elakkan kehilangan dana, pastikan transaksi akan datang dibuat di Rangkaian World Chain.
Penafian
*Kelayakan untuk token Worldcoin (WLD) adalah terhad berdasarkan geografi, umur, dan faktor lain. Untuk maklumat lanjut, pergi ke: www.world.org/tos. Produk kripto boleh menjadi sangat berisiko. Maklumat Penting Pengguna boleh didapati di www.world.org/risks.
Terjemahan mungkin berbeza sedikit daripada kandungan asal dalam Bahasa Inggeris. Untuk maklumat yang paling tepat, sila rujuk kepada Version Bahasa Inggeris artikel tersebut jika terdapat sebarang perbezaan.